Tuesday 15 September 2015

Assalamualaikum semua !

Hai hai hai, yes intan disini. Rasanya dah lama sangat tak update blog ni. Bukan apa, busy sangat k. ok dah. Sebenarnya, harini sangat bosan dan esok public holiday which is malaysia day ! Yippie. so boleh tidur lambat, so while waiting movie dekat megashare.com dah habis buffer, kita pun berbelog dululah ye.


So.

Apa topik malamni ?

....................
....................
....................

Sebenarnya tatau nak cakap apa :p

Hehe, janganlah marah. Jap ek nak pikir sat.

(setahun kemudian)

(to be continued)

 p/s : Mana2 followers yg nak tanya soalan or ada topik untuk aku bebelkan tak kesah la pasal apa ke, serious, pm me. And like seriously, aku pandai kot bagi nasihat kat org. Pasal apa je korang nak okay. Cinta ? Kerjaya ? Kehidupan ? Masyarakat ? Persahabatan ? or even topik pasal oxygen dan anai anai pun boleh. Sebab aku suka bebel, and will always ada idea nak bebel apa apa.

Eceh, aku tau gaya aku tulis camni acah2 aku ni blogger famous je hihihi. Tengoklah, aku bet lagi 2 tahun pun, takkan ada org dm aku. hehe. Okay dah. Nak tgk movieeeee. Bye followers ku yang setia hingga hujung nyawa. Love you xoxo.

Thursday 24 July 2014

Setelah lama menyepi...

HAHAHAHAHAHA okay setelah digelak tawakan oleh seseorang mengenai blog aku, jadi aku pun menguatkan segala  sel-sel otak aku untuk membaca semua entry2 aku dulu, anddddddddddddddd aku tergamam, terkesima, terkedu, terspeechless....

ADAKAH ITU AKU ??? ADAKAH ITU INTANNNNNNN ? *Ulang suara,pakai mic, ADAKAH INTU AKU ?!!!


Oh emm gee. Malunyaa aku !!!!! Apakah !!! Shadap, tetiba aku rasa laptop depan muka aku ni pun tengah gelakkan aku wuuuwuuu. Sobs sobs. Lawak wei, kelakar gila aku dulu. So tak matang isnt it ? Okay fine sekarang pun tak matang lagi but at least aku sekarang takdelah menulis cam haram cam bodoh gilaa. Hahahahaha malunya. So lepas aku baca balik semua entry2 aku, aku pun tengokla follower2 aku, OMG, you guys still there !!! *pasang lagu Im still here by vertical horizon* Still 25 followerss, tak berkurang malah makin bertambah satu !!!! KORANG BETUL2 PEMINAT INTAN JASMAY KEEEEEEEEE ?!!! KORANG BETUL2 SAYANG AKU KEEEEE ?!!! IF YES, SAY HEY HEY HEY *hey hey hey* OMG kuatnya korang jerit...hehehehe im touched *Okay pasni aku yakin, followers aku makin berkurang lepas baca post perasan aku ni. Hehehehe. Ala rasa retis pulak.

Okay jujur sebenarnya kan, haha tujuan aku buat blog ni dulu, sebab aku ingat aku ada potensi jadi BLOGGER FEMES. Kah ! Aku tau blogger2 femes semua dapat income kan each time blog dia diview. Plus, sebab zaman dulu blog2, ni tgh UP (according to zaman) so aku pun tryla nak jadi UP jugak. Tapi tak UP UP pon, makin down adalah. Hahahaha. Yes, aku ingat lagi aku cakap dekat mimi. "Meyh, aku nak aktif berbelog, aku akan cuba bagi nasihat dlm percintaan, so nanti blog aku famous, and aku jadi famour mcm si polan2. Tapi jgn risau meyh, aku tak lupakan kau, kau support aku eh" KAH ! Tapi aku musykil satu benda, bukan supposenya blog aku ni ada lagu Ombak rindu ke as background music dulu ? Hahahaha syukur ya Allah !! Kau jaga aib aku drpd terus dimalukan oleh kawan2 aku sekarang. Tak pasal2 aku dicop minah jiwang karat. Ombak rindu kotttttt yuckssssssss ! Sungguh tak sesuai dengan image macho aku sekarang.

TAPI, bila aku tgk entry2 aku, aku senanya ada bakat jugak kan ? Kemain bagi nasihat pasal cinta. URGH POYO, konon nak jadi mcm DJ LIN from Suria/Sinar fm yang kita selalu dgr tu malam2, pasal org heartbroken. hehehe. Haih wahai intan zaman noob, intan zaman modern malu dengan kau.
Sungguh ni, tak tipu.


Okay now, aku nak tunjuk dekat korang something :


CANT YOU SEE THAT ?! *gaya john cena* AKU ADA 817 PAGEVIEWS !!!! Omg, kalau la aku teruskan berblogging, mesti aku dah jadi famous amos mcm Hamis Zalikha tau. Haish ruginyaaaa. One of the biggest regrets in my life wuuuwuuu. So aku nak cakapnya, aku ni mmg darah keturunan femes, just aku malas je. Hmmmmmm tengoklah, kalau aku rasa nak berblog lagi, aku update la. Since ramai yang seronok baca blog aku ni *Based on facts okay.


On the other hand, let bygones be bygones kan. Maybe aku patut move on to the new phase. Which aku dah matang, and berblog ni is so childish for me.  So tengokla camne. but i will make sure, apa yg aku tulis TAKKAN LAGI MEMALUKAN mcm dulu2. Sobs.


                                                                                                                                       Got to go,
                                                                                                                               Jsmy *eceh bajet*

Monday 14 May 2012

PERPISAHAN



Eceh skema bebenor tajuk kita kali ye tuan puan. Haha okay sudah lama saya tidak menaip untuk blog ini. Almaklumlah busy lately ni. Lawyer wannabe kan ? Hiks.  Aminn

Okay berbalik kepada tajuk. Perpisahan. Persoalannya di antara meninggalkan atau ditinggalkan ? Kenapa perlu perpisahan ? Bak kata seorang sahabat saya, hidup ini ibarat perpindahan dari satu fasa ke satu fasa. Eceh macam dari hidup nak ke mati atau macam dari planet bumi nak ke planet pluto, macam dari tahun 60-an nak ke tahun wawasan 2020. Eh banyak pula macam2 nya -,- Hiks

Kenapa perlu berpisah ? Kenapa perlu pergi ? Benar, kata orang setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Jikalau begitu, kenapa kita perlu bertemu sedangkan kita sudah menjangka akan berlaku perpisahan antara kita ? Bermain dengan api, mencampakkan hati untuk dilukai. Memang kita merasa kebahagiannya, kegembiraannya , tapi hanya untuk sementara. Buat apa ?

Kita manusia, mudah terleka. Terleka dengan kebahagian sementara. Tapi akhirnya, kita yang terluka. Sedih perit, pahit nya tak terkata. Lebih lebih yang ditinggalkan. Mungkin yang meninggalkan rasa sedihnya tapi percayalah yang ditinggalkan tanpa rela lagi perit dan pedih kesannya.  Kenapa perlu datang jika mahu pergi ? Kenapa ? Atas dasar niat apa ? Mahu menyakiti ? Tahniahlaaaaaaaaaaaaaaaa !

Tapi ni lumrah hidup kan ? People come and people go. Ini semua kerja Allah. Kita hanya mampu merancang tapi Dia juga merancang. Dan yang pasti perancanganNya yang terbaik. (y)

Okay kenapa aku emo ni ? Bahaha. Sebenarnya aku sedih. Sedih sebab semakin lama semakin ramai orang yang meninggalkan aku. Highschool’s friends, University’s friends, kawan baik saya. Cehh. Emo jagung pulak. Dahlah malas nak pikir. KBYE.


But you, yes YOU ! Could you please STAY CLOSE DONT GO

Wednesday 11 January 2012

Kenapa perlu rasa jealous dengan sesuatu yang bukan menjadi hak kita ?

Pernah tak korang mengalami hal yang same ? okay contoh. lelaki tu dengan kau bukan kawan tapi bukan jugak kekasih. Korang ni ibaratkan teman tapi mesra alam gitu. haha. Tapi status korang tak lebih dari kawan baik. Tempat share joke, problem and so on. And bile si lelaki ni rapat jugak dengan orang laen, korang jadi jealous. Tapi korang sedar korang takde hak nak rasa mcmtu pon :( It is just korang rasa nanti suatu hari nanti tempat istimewa korang dihati lelaki tu akan direplacekan dengan orang lain :( Or maybe utk yang korang masih single ni, korang takut lelaki tu couple dengan prempuan laen and korang as kawan baek ni akn dipinggirkan. Tapi boleh ke untuk orang yang dah couple tapi rasa jealous kat kawan baik lelaki korang ? *persoalan disitu ya murid2. hihohiho :3

Oh em gee. Sedih siot T.T Taknak weh. Tapikan sharing is caring ? *wink wink.Wakkk luuuu.Aku  tak CARING sebab aku tak SUKA share orang yang aku sayang. *take note perampas2 sekalian.
Sumpah aku cakap. Aku pon sangat kuat cemburu weh. *tak caye tanya jie. hihi.

Aaa berbalik pada topik ni. Aku ade seorang kawan perempuan. And dia cerita kat aku lelaki ni overwhelming jealous kat kawan aku ni padahal diaorang kawan je pon -,-

Ah tak paham aku. Hope kawan aku ni pandai2 la handle kawan lelaki dia tu. Haha.Eh jap. Ape yang aku tak pahamnye. Padahal aku paham sangat weh perasaan lelaki tu. Jealous paham tak JEALOUS tu ape. Sape nak doe kongsi kesayangan kite. Tak kesah la kau single or tak, but still la kau taknak hilang dia kan :( Sedihnye jadi lelaki kawan aku tu. Aku tahu kalau bole dia nak jadikan kawan aku tu hak dia tapi maybe masa tak sesuai or maybe dia takut perempuan tu reject dia or or maybe sebab kawan aku tu dah ade partner or MAYBE DIA TAKUT KAWAN AKU TU HANYA LA ANGGAP HUBUNGAN DIAORANG KAWAN SEMATA2 .Tak lebih dari itu. Sedihnnyaaaaaaaaaaaaa. :(

Tapi nasib baek dua dua single, kalau salah sorang dh couple tak ke naya tu. Takkan nak curang kot dengan partner masing2. Haihh. *Curang tak bagus untuk kesihatan okay . DONT DO IT ! *cepuk kang -,-

Actually perasaan jealous ni memang lumrah la bagi manusia. ESPECIALLY WANITA WEH. Dah la  kami ni selalu pikir bukan2, pikir negatif. So bila kami jealous mcm2 kami pikir. Kadang-kadang yang tak masuk akal si lelaki pon ade. So jangan terkejut kalau kami kerat anda 18 kali.so jangan main main.hihihi.

Tapi Sebab ape ? Sebab takut kehilangan weh. Bayangkan kau dh rapat dengan dia and tibe-tibe  ade org rampas kerapatan tu ? Hishh. Tamoo kan ? tamoo tamoo tamoo sangat2 :( Hmm. Tak kesah la jealous dengan balak ke, kakak angkat ke, abang angkat ke, ma abah ke same je. Perasaan jealous tu normal okay. Sape tak pernah rasa jealous tu dia alien weh. *cepat rasa jealous sekarang. hihihi.
So how to handle jealous ? haha. Dia ade dua bahagian. satu yang single and satu yang dah coupleeww okay.

UNTUK YANG SINGLE
1) Korang kena berfikiran positif. *penting sekali ya kawan2

2) Korang tengah berkawan kan ? So try la naikkan taraf status tu jadi kekasih gituu. auww <3 Malaysia boleh takkan korang tak bole :p

3) Kadang2 esp perempuan, kite ni terlampau lebih mengharap. lelaki tu sebernanye biase2 je dengan kite tapi kite yang pikir over. So korang kena sedar siapakah anda dihati mereka sbenarnye. Sobss

4) Hmm. berpuasa kot *blank

5) Korang buat la solat istikharah supaya korang dapat petunjuk lelaki ni sebenanya sesuai untuk aku ke tidak.

6) Korang kenala pastikan rasa cemburu korang tu just cemburu taik2 ayam ke or cemburu betul. Kalau cemburu betul korang mmg kenala buat step num 2 tu :p

7) Korang sabar jela. mesti ade hikmah *ayat common

8)KORANG BLOCK FB DIA AND JANGAN CTC DIA AND LUPAKAN DIA . HAHAHA *cara tak matang
9) Tawakkal jela. Ade jodoh ade lettew *ayat common lagi.

10) Kalau korang jealous kat kawan lelaki tu tapi lelaki tu dah ade awek, KORANG RAMPASSS SI LELAKI TU. MUAHAHAHA. *Gelak setan comel.

P/s: Eh korang tahu tak perempuan sangat suka kalau lelaki tu show off yang dia betul2 nak kan korang and  lelaki tu FIGHT DAPATKAN KORANG IN ANY HARD WAY .* dalam movie wujudla lelaki mcmni.

(aku tahu tips tips aku ni mcm tak bole pakai je -,- sorry aa weh aku bukan blogger famous. aku noob kot )


UNTUK YANG COUPLE


KAHWIN TERUS AJE ;)


Aku tahu ramai kat luar sana tu pernah rasa mcm ni. Beselaa tu. Kalau korang nak selamat, cepat2 laa kahwin yek tuan puan sekalian. hihi. Tatata loveheart <3

Lifeless UIA

Harini first day attend class di UIA. Hihhohiho. Pukul 9 ade kelas dengan madam mazbah. Haha. Kena introduced diri sendiri. And yeah seperti biasa aku nervous -,- Pastu madam tanya nak jadi apa. Aku cakap nak jadi Lecturer in UIA. Phheeeww. Tue je kot jawapan selamat. kang kalau aku ckp nak jadi lawyer kan banyak pulak soalan dia. and sor far sor good la. Hope madam best ajar kiteorang. Hihohiho. Pastu pergi kelas arab kat mana eyh ? S 3 ape ntah. tunggu ustaz tak masuk2. Ahaha. nama ustaz tu , ustaz elhadi kot tapi aku selalu panggil elbany. haha. Aku punya la excited nak jumpa orang sudan. Well aku taktau la dia org sudan ke tak. haha. ntah tunggul a kelas esok la.

Okay pastu buat benda bodoh pasal Add Drop session. memang panjang cerita and memang aku malas nak cerita. Yang pasti kakak pakai baju ungu yang jaga kat labcomp tu aku dendam dengan dia. Haha. Biar aa. Hope tak jumpa dah pasni. Amin.

Okay pastu aku ade kelas pukul 2-4. Which is understanding islam Anddddddddd Aku the only one budak law yang tersesat sebab aku lambat reg -,- sumpah sedih tapi aku sabar sebab aku tau ade hikmah. and clasmate aku yang laen sumenye dari Nilai -,- What the ? Ergh. Okay aku sabar je. And yang bestla takde lelaki woo. Hahha. terasa mcm kat Stf balik. hIiho. belajar dengan bro el. Sumpah aku ingat dia org sudan sebab nama dia ahmad el ape ntah but then dia org kelantan weh -,- haha. Kelas dia agakla interesting sebab yela dia lelaki. And aku senyap je pon. Malu kot aku sesat sorang2. Clasmate yg laen semenye dh kenal each other. Aku je mcm sorang2. Sedih kan ? Tapi aku tk nangis, malas nak layan. Tpi subject UI ni mcm best woo. ntah. aku suka. pasal islam. mendalami orang ni. hihihi.

Okay tadi pukul 8.15 ade mcm briefing pasal legal skill. Haha. sumpah agak best org yang dia jemput. ahha. nak doe jadi kaya macam diaorg. jadi lawyer style gak en ? Haha. ntah aku tatau nk jadi ape. i just keep my option open. cewaahh. haha. yang paling penting aku belajar dri briefing tu is CONFIDENT kena ade. pheeww. benda ni la yang susah. aku ni low skit confident nye. nak ckp kat lecturer aku nk pegi toilet pon aku segan silu -,- menyampah dengan diri sendiri pon ade. haha.okay tu jela yg aku nk cerita. actually byk lagi tapi kang aku nk buat research jap ni *semangat sem baru. haha. Okay tu je. Tatata loveheart

P/S: aku sentap kalau aku dapat tahu ade org tak reply text aku tapi reply text org laen. Aku sentap tau. Aku taknak doe block kau kali ketiga punya. :) Suka hati kau la kan.malas aa nk pikir. bye

Sunday 8 January 2012

'Selamat Kembali Intan Jasmay' kata UIA kepada Intan

Hello :D
Esok nak balik UIA dah. Mujur abah hantarkan :) Hihihi. 

CHECKLIST BEFORE BERANGKAT

1) Baju kurung satu bagasi
2) Water heater and sandwich maker
3) Patung Mario and teddy bear
4)Toiletries Full accessories

Aaa banyak sangat sebenarnye barang. Kalau nak listkan satu2 memang payah la kan. Haih. 

Actually tak sabar jugak nak masuk UIA. Jumpa mimie, jumpa classmate. Hihihi. Ade balik teman nak berborak. Hihohiho. Boleh jumpa kawan2. Bosan tau 3 bulan duduk rumah. Dahla takde kawan. Asyik kawan dengan adik yu je. Sebabtu perangai susah nak matang -,- Haih.

Tapikan, actually berat hati jugak nak balik :( MALAS NAK BANGUN PAGI2 BUTA laa weyh. Pastu nanti mesti rindu nak maen dengan adik. Bergaduh, berebut coklat. Haih. Sape lagi nak habiskan duet aku kalau bukan adek aku sorang ni ? Sobs:( Gonna miss you adik yu :'(

Tapikan jugak, berat sangat hati nak balik sebab terpaksa berjauhan dengan yang tersayang <3 Siapa yang tersayang ? Hihihi. Ma dengan abah ler :'( Takde dah nak bebel2 kat Intan dah. Wuuuuu sobs sobs sobs.


Sooooooooooooo konklusinya. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA,   
                                      HERE I COME :D
                           AND ALSO FOR ARAB, BRING IT ON BEBEYH ! Hihohiho :3

Saturday 7 January 2012

BLOG UNDER CONSTRUCTION

Nyanyi comel-comel dulu sementara blog dibaik pulih. Hihohiho :3


Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

When the blazing sun is gone,
When there's nothing he shines upon,
Then you show your little light,
Twinkle, twinkle, through the night.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

In the dark blue sky so deep
Through my curtains often peep
For you never close your eyes
Til the morning sun does rise
Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are

Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are